Sejarah Jerman
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Walaupun ketiadaan sebuah negara bangsa Jerman sebelum 1871, sejarah Jerman boleh dikatakan bermula sejak era puak-puak JermanikAsal-usul orang-orang Jermanik dikatakan bermula sewaktu Zaman Gangsa atau sekurang-kurangnya ketika Zaman Besi sebelum era orang-orang Rom. Dari selatan Scandinavia dan utara Jerman, puak-puak ini mula berkembang ke selatan, timur dan barat pada abad pertama SM dan membuat perhubungan dengan puak Celt di Gaul selain orang-orang Iran serta puak-puak Balt dan Slav di Eropah Timur. Sumber sejarah berkenaan puak ini hampir kesemuanya berasal daripada rekod Empayar Rom.[1][sunting] Puak-puak Jermanik
[sunting] Empayar Rom Suci (962–1806)
Empayar zaman pertengahan ini terhasil melalui pembahagian Empayar Carolingia pada tahun 843, yang diasaskan oleh Charlemagne pada 25 Disember 800 dan wujud dalam bentuk yang berbeza-beza sehingga tahun 1806, dengan wilayahnya merangkumi Sungai Eider di utara hingga pantai Mediterranean di selatan. Seringkali dirujuk sebagai Empayar Rom Suci (atau Empayar Lama), ia secara rasminya digelar Empayar Rom Suci Bangsa Jerman (Sacrum Romanum Imperium Nationis Germanicæ) bermula pada tahun 1448 bagi menyesuaikan gelaran itu dengan wilayahnya yang telah dikurangkan.Di bawah maharaja-maharaja Dinasti Ottonia (919-1024), wilayah-wilayah seperti Lorraine, Saxony, Franconia, Swabia, Thuringia dan Bavaria telah disatukan dan raja Jerman di wilayah-wilayah ini dimahkotakan sebagai Maharaja Rom Suci pada tahun 962. Di bawah pemerintahan maharaja-maharaja Dinasti Salia (1024-1125), Empayar Rom Suci menyerap utara Itali dan Burgundy, walaupun maharaja-maharaja ini kehilangan kuasa melalui Kontroversi Pertabalan. Di bawah pemerintahan maharaja-maharaja Dinasti Hohenstaufen (1138-1254) pula, putera-putera Jerman meningkatkan pengaruh mereka ke selatan dan timur hingga ke wilayah-wilayah yang dihuni oleh orang-orang Slav. Bandar-bandar di utara Jerman pula berkembang makmur sebagai ahli di dalam Liga Hansa.
Paderi Martin Luther telah menerbitkan 95 Dalil-dalil pada tahun 1517 yang mencabar amalan-amalan Gereja Katolik Rom, sekaligus mencetuskan pergerakan Reformasi Protestan. Sebuah gereja Lutheran yang terpisah menjadi agama rasmi di beberapa negeri Jerman selepas tahun 1530. Perbalahan keagamaan ini terus memuncak sehingga membawa kepada Peperangan 30 Tahun (1618-1648) yang memusnahkan banyak tempat di seluruh wilayah Jerman.[3] Jumlah penduduk di negeri-negeri ini jatuh mendadak sebanyak 30%.[4] Perdamaian Westphalia (1648) mengakhiri konflik keagamaan ini tetapi empayar secara nyata (de facto) dibahagikan kepada beberapa wilayah bebas. Dari tahun 1740 dan seterusnya, sifat keduaan di antara Kerajaan Austro-Habsburg dan Prusia menguasai sejarah Jerman. Pada tahun 1806, Imperium dicerobohi dan dibubarkan hasil Peperangan Napoleon.[5]
[sunting] Pemulihan dan Revolusi (1814–1871)
Berikutan kejatuhan Napoleon Bonaparte, Kongres Vienna bersidang pada tahun 1814 dan menubuhkan Gabungan Jerman (Deutscher Bund), iaitu sebuah liga yang agak longgar yang menghimpunkan 39 negeri-negeri yang berdaulat. Perselisihan faham berkenaan politik pemulihan membawa kepada kebangkitan pergerakan liberal, yang menuntut perpaduan dan kebebasan. Hal ini dibalas dengan langkah-langkah baru yang menindas yang diketengahkan oleh seorang negarawan dari Austria yang bernama Klemens Wenzel von Metternich. Zollverein, iaitu penyatuan tarif jual beli, seterusnya berhasil meneguhkan perpaduan dari segi ekonomi di negeri-negeri Jerman. Ketika ini jugalah, ramai orang-orang Jerman dirangsang oleh idea-diea Revolusi Perancis dan semangat kebangsaan pula menjadi daya penggerak yang penting, teutamanya di kalangan intelektual. Buat pertama kalinya warna hitam, merah dan emas dipilih bagi mewakili pergerakan ini, yang kemudiannya menjadi warna-warna kebangsaan Jerman.[6]Dipengaruhi beberapa pergerakan revolusi di Eropah yang berjaya menubuhkan sebuah Republik di Perancis, para intelektual dan orang-orang awam memulakan Revolusi-revolusi 1848 di negeri-negeri Jerman. Raja-raja pada mulanya cuba memenuhi tuntutan pergerakan ini. Raja Frederick William IV dari Prusia ditawarkan gelaran maharaja tetapi dengan kuasa yang dikurangkan. Baginda menolak mahkota tersebut dan perlembagaan yang dicadangkan, membawa kepada halangan sebentar bagi gerakan revolusi ini. Perbalahan di antara Raja William I dari Prusia dan parlimen yang semakin liberal tercetus kerana pembaharuan cuba dilakukan ke atas pihak tentera pada tahun 1862 dan tindakan raja melantik Otto von Bismarck sebagai Perdana Menteri Prusia yang baru. Beliau berjaya melancarkan perang ke atas Denmark pada tahun 1864. Kemenangan ini, iaitu dua tahun selepas perang bermula, membolehkan beliau menubuhkan Persekutuan Jerman Utara (Norddeutscher Bund) sekaligus mengenepikan Austria, yang dulunya merupakan negeri Jerman yang berpengaruh besar, di dalam hal-ehwal saki-baki negara Jerman yang tinggal.
[sunting] Empayar Jerman (1871–1918)
Sewaktu Era Pengasas (Gründerzeit) yang menyusur selepas penyatuan Jerman, Maharaja William I melancarkan dasar luar negara yang mengukuhkan kedudukan Jerman sebagai sebuah kuasa besar dengan memeterai pakatan sekutu, yang memulaukan Perancis melalui kaedah diplomatik dan menghindari perang. Namun di bawah pemerintahan William II, Jerman, seperti juga kuasa-kuasa besar Eropah yang lainnya, mengambil langkah-langkah imperialistik yang membawa kepada pergeseran dengan negara-negara jirannya. Kebanyakan negara sekutu mula meminggirkannya dengan tidak membaharui pakatan lama dan pakatan-pakatan baru tidak melibatkannya. Lebih khusus lagi ialah kejayaan Perancis menubuhkan hubungan baru melalui Entente Cordiale dengan United Kingdom selain dengan Empayar Russia. Melainkan hubungannya dengan Kerajaan Austro-Hungary, Jerman menjadi semakin terpinggir.
Pembunuhan Putera Mahkota Austria pada 28 Jun 1914 mencetuskan Perang Dunia I. Jerman, sebagai sebahagian daripada Kuasa Tengah, mengalami kekalahan di tangan Kuasa-kuasa Sekutu di dalam salah satu perbalahan terburuk sepanjang zaman. Revolusi Jerman tercetus pada bulan November 1918 yang memaksa Maharaja William II dan semua putera-putera pemerintah di Jerman turun takhta. Gencatan senjata yang mengakhiri peperangan dipersetujui pada 11 November dan Jerman dipaksa menerima syarat-syarat Persetiaan Versailles pada bulan Jun 1919. Rundingannya, yang berlawanan dengan amalan tradisi diplomasi pasca-perang, langsung tidak melibatkan Kuasa Tengah yang kalah. Perjanjian ini dianggap di Jerman sebagai sambungan memalukan perang sebelumnya, yang dilakukan dengan kaedah-kaedah lain dan kekerasannya sering dikaitkan dengan kebangkitan fahaman Nazi di negara ini.[7]
[sunting] Republik Weimar (1919–1933)
Selepas kejayaan Revolusi Jerman pada bulan November 1918, sebuah republik diisytiharkan. Perlembagaan Weimar berkuatkuasa setelah ditandatangani oleh Presiden Friedrich Ebert pada 11 Ogos 1919. Parti Komunis Jerman ditubuhkan oleh Rosa Luxemburg dan Karl Liebknecht pada tahun 1918 manakala Parti Pekerja Jerman, kemudiannya dikenali sebagai Parti Pekerja Sosialistik Kebangsaan Jerman atau Parti Nazi, pula ditubukan pada bulan Januari 1919.Menderita akibat Zaman Meleset, syarat-syarat Persetiaan Versailles yang agak keras dan kerajaan tidak stabil yang silih berganti menyebabkan khalayak umum di Jerman semakin tidak menghiraukan sistem politik demokrasi berparlimen. Hal ini diburukkan lagi dengan tersebarnya mitos politik sayap kanan Dolchstoßlegende, yang menyatakan bahawa Jerman kalah pada Perang Dunia I kerana Revolusi Jerman, dan bukanlah kerana kalah di medan perang. Di sebelah sayap kiri pula, pergerakan komunis seperti Liga Spartacus, mahu memansuhkan sistem yang mereka anggap sebagai "pemerintahan kapitalis" dengan sistem komunisme majlis yang dipanggil "Räterepublik". Kumpulan separa tentera ditubuhkan oleh beberapa parti dan pembunuhan bermotifkan politik berleluasa. Kumpulan separa tentera ini menakut-nakutkan pengundi dan mencambahkan keganasan dan kemarahan di kalangan khalayak umum, yang menempuh kemiskinan dan kadar pengangguran yang tinggi. Selepas beberapa siri kabinet kecundang, Presiden Paul von Hindenburg, yang tiada pilihan lain selain yang diajukan oleh penasihat-penasihatnya yang rata-rata dari parti sayap kanan, melantik Adolf Hitler sebagai Canselor Jerman pada 30 Januari 1933.
[sunting] Empayar Ketiga (1933–1945)
Pada 27 Februari 1933, bangunan Reichstag mengalami kebakaran. Melalui dikri kecemasan, beberapa hak asasi demokrasi kemudiannya dibatalkan dengan serta-merta. Sebuah Akta Pembolehan memberi kerajaan pimpinan Hitler kuasa penuh perundangan. Hanya Parti Demokratik Sosial Jerman (SPD) sahaja yang membangkang akta ini manakala Parti Komunis tidak boleh hadir untuk membangkang kerana kebanyakan wakil-wakilnya telah dibunuh atau dipenjarakan.[8][9] Sebuah negara totalitarian berpusat ditubuhkan melalui beberapa siri tindakan dan dikri yang menjadikan Jerman sebuah negara satu parti. Perusahaan dikawal ketat dengan pelbagai kuota dan keperluan bagi menganjak ekonomi ke arah pengeluaran berasaskan keperluan perang. Pada tahun 1936, tentera Jerman memasuki kawasan cegah senjata Rheinland dan dasar beralah yang dibawakan oleh Perdana Menteri United Kingdom Neville Chamberlain ternyata tidak cukup untuk mengekang kemaraan tentera Jerman. Kejayaan itu memberanikan Hitler melancarkan dasar peluasan kuasa pada tahun 1938 bagi menubuhkan Jerman Raya. Bagi mengelakkan peperangan dari dua arah, Hitler memeterai Pakatan Molotov-Ribbentrop dengan Kesatuan Soviet.Pada tahun 1939, akibat percambahan tekanan daripada semangat kebangsaan, ketenteraan dan isu-isu kewilayahan membawa kepada serangan kilat oleh Jerman ke atas Poland, yang diikuti dua hari kemudiannya dengan pengisytiharan perang oleh Britain dan Perancis, sekaligus menandakan bermulanya Perang Dunia II. Jerman kemudiannya mencapai kawalan secara langsung mahupun tidak langsung ke atas sebahagian besar benua Eropah.
Rejim Empayar Ketiga ini, telah melaksanakan dasar-dasar yang secara langsung menindas sebahagian daripada ahli masyarakat termasuklah orang-orang Yahudi, Komunis, Roma, golongan homoseksual, freemason, pembangkang, paderi, pendakwah dan orang kurang upaya. Penindasan di zaman Nazi ini, yang kemudiannya dikenali sebagai Holokus, telah mengakibatkan pembunuhan sehingga lebih 11 juta orang, termasuk 6 juta orang Yahudi dan 3 juta rakyat Poland. Perang Dunia II dan pembunuhan beramai-ramai Nazi ini menyebabkan korban nyawa sebanyak 35 juta di seluruh Eropah.
[sunting] Pembahagian dan penyatuan semula (1945–)

Selepas tahun 1949, dua buah negara Jerman termasuk kota Berlin yang dibahagi dua terbentuk menurut zon pendudukan Pihak Berikat. Jerman Barat dibentuk daripada zon-zon yang ditadbir oleh Amerika Syarikat, Britain dan Perancis. Jerman Timur dibentuk daripada kawasan yang ditadbir oleh Kesatuan Soviet.
Sektor-sektor yang dikawal oleh Perancis, United Kingdom dan Amerika Syarikat kemudiannya bergabung pada 23 Mei 1949 bagi membentuk Republik Persekutuan Jerman, manakala pada 7 Oktober 1949, kawasan ditadbir Kesatuan Soviet pula membentuk Republik Demokratik Jerman. Kedua-dua negara ini dikenali secari tidak rasmi sebagai "Jerman Barat" dan "Jerman Timur", manakala dua bahagian kota Berlin dikenali sebagai "Berlin Barat" dan "Berlin Timur". Ibu negara kedua-duanya pula ialah masing-masing Bonn dan Berlin Timur. Namun begitu, Bonn hanya diisytihar sebagai ibu negara sementara.[10] bagi menekankan pendirian kerajaannya bahawa kewujudan dua negara itu hanyalah sementara dan akan disatukan semula pada kemudian hari.
Jerman Barat seterusnya menubuhkan republik persekutuan berparlimen dengan "ekonomi pasaran sosial" dan bersekutu dengan Amerika Syarikat, Britain dan Perancis. Negara ini kemudiannya menikmati pertumbuhan ekonomi yang panjang sekitar dekad 1950-an (Wirtschaftswunder) dan menyertai NATO pada tahun 1955 selain turut membentuk Komuniti Ekonomi Eropah (EEC) pada tahun 1958.
Jerman Timur pula menjadi anggota Blok Timur di bawah kawalan politik dan ketenteraan KRSS melalui tenteranya dan Pakatan Warsaw. Sedang ia mengaku sebagai sebuah demokrasi, kuasa politik sebenarnya dipegang oleh ahli-ahli tertinggi ("Politburo") Parti Perpaduan Sosialis Jerman (SED) yang berfahaman komunis. Kuasa mereka dijamin melalui Stasi, polis cawangan khas yang besar saiznya dan beberapa pertubuhan di bawah SED yang mengawal semua aspek kehidupan masyarakat. Sebagai balasan, keperluan asas penduduk dipenuhi oleh pemerintah dengan harga yang rendah. Negara ini mengamalkan ekonomi terancang ala-Soviet dan kemudiannya menyertai Comecon. Pada masa yang sama, pemerintah memainkan propaganda dengan menonjolkan faedah program sosial di bawah pemerintahannya selain menuduh Jerman Barat berulang kali cuba menaklukinya. Di sebalik propaganda ini, kebanyakan warganya masih "memandang ke barat" bagi kebebasan berpolitik dan kemakmuran ekonomi.[11] Tembok Berlin yang dibina pada tahun 1961 bagi menghalang warga Jerman Timur daripada melarikan diri ke Jerman Barat kemudiannya menjadi simbol Perang Dingin.
Ketegangan hubungan di antara Jerman Timur dan Barat menjadi seakan-akan reda pada awal dekad 1970-an melalui Ostpolitik yang dibawakan oleh Canselor Willy Brandt. Dasarnya itu termasuklah penerimaan de facto kehilangan wilayah-wilayah Jerman sewaktu Perang Dunia II.
Sejak penyatuan semula, Jerman telah mengambil peranan penting di dalam Kesatuan Eropah dan NATO. Jerman menghantar tentera pengaman bagi menjamin kestabilan di Balkan dan tentera persekutuannya ke Afghanistan sebagai sebahagian daripada usaha NATO menjamin keselamatan di negara ini selepas penggulingan Taliban.[13] Kerahan tentera ini adalah sangat kontroversi, kerana Jerman, yang diikat oleh undang-undang selepas perang, hanya boleh mengerah tenteranya bagi tujuan pertahanan negara sahaja, Kerahan tentera di wilayah asing dianggap sebagai tidak termasuk di dalam peruntukan pertahanan tersebut. Namun, undian di parlimen terhadap isu berkenaan secara langsung membenarkan penglibatannya dalam usaha-usaha pengaman.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar